Saturday 27 April 2013

Jangan Lupakan Sejarah

Assalamualaikum..

Hello. Hai. Annyeong. Konnichiwa. Sawadikap. (macam2 bahasa lagi la kan tapi maksudnya tetap sama. HAHAHAHA)

Okay. Untuk 1st entri ni Myra just nak bagitau macam mana 'Myra Mael Shoppe' ni boleh bertapak. Teruskan baca tau :)

Inilah kisahnya..

Masa tu Myra dah nak last day intern kat Canon Opto (M) Sdn. Bhd. ------> bangga sikit sebab ini la sponsorship Myra for these recent 3 years. Thanks Canon. Oppsss. Okay2. Sori sebab ni bukan la topik yang Myra nak cerita kat korang semua. 

Dah nak last day kan, so Myra pon fikir la nak bagi gift apa for those staffs kan sebelum Myra meninggalkan bumi Canon tu. Cehh. Tak boleh blah word 'meninggalkan' tu. Sedih bunyinya. HAHAHAHA. So, setelah Myra fikir2 n selam2 sikit idea yang termendak dalam otak ni muncul lah idea ni IAITU Myra nak bagi Blueberry Cheese Tart kat diorang tu. After that mula lah episod mem 'baking' dan mengerah tenaga pada Khamis malam Jumaat tu sebab esoknya Jumaat la kan. Sampai tengah malam jugak la. Kalau nak tau tu lah 1st time Myra baking tau n luckily my sis banyak tolong. Lepas siap semua tu tak payah tanya lah penat ke tak. Jawapan Myra "kerja buat kuih sama penat macam orang keje kilang".

Tapi sayang..Myra tak snap gambar pon untuk gifts tu semua. So korang tak dapat la nak tengok apa rupanya for my 1st trial kan. Ce bayangkan jela eh. Myra isi 3 blueberry cheese tart tu dalam tupperware bentuk love. Sweet kan. Hihihihi (poyo2 je gelak ni~)

Nak di pendekkan cerita, ni sampai la time lunch. Hari Jumaat lunch lama sikit sebab Jumaat kan. Lelaki kan kena solat Jumaat. Wajib tu tau :)

Kitorang semua makan Ayamas masa tu. Bos treat untuk satu department. Then, Myra pon distribute la those gifts. Sorang dapat satu n Myra pon ada bawak extra untuk makan2 masa tu. Haaaa.. Time tu la semua puji cheese tart Myra sedap tau. Alhamdulillah. A very good start. Sampai bos yang selalu bebel kat Myra pon boleh baik masa tu n cakap macam ni. "Sedaplah. U buat sendiri ke?" (~lebih kurang la ayat ni~)

Yang paling best apa korang nak tau tak. Ada sorang akak tu siap tanya kalau nak order boleh tak. Hihi. Tapi masa tu Myra tak plan pon nak bisnes ni. Tapi bila feedback yang orang bagi macam best je kan, so Myra pon decide la nak bisnes ni. Sebabnya adalah kerana 1st order ni :)

Okay2 la semua. Rasanya macam tu je la kot lebih kurang sejarah macam mana 'Myra Mael Shoppe' ni bertapak. Kalau nak cerita full entah2 tak habis 1 jam. Hihi.


Terima kasih sebab sudi baca entri ni :)

**Nota Kaki

Boleh tengok FB 'Myra Mael Shoppe' kat sini~

No comments:

Post a Comment